Dawn of new era....

24.10.08

Sakit oh sakit~~

Bila badan terasa panas, langkah pertama yang kita ambil ialah telan panadol... Sejak belajar pharmacology, aku lebih memahami mechanism of action panadol. Rupa-rupanya panadol bukannya membunuh bakteria, tetapi sekadar merendahkan temperature control in brain. Hakikatnya, sejauh mana pun hebat teknologi yang manusia cipta, kita masih memerlukan sistem imunisasi ciptaan tuhan untuk sembuh.

Melangkah abad ke-21 ini, doktor dan saintis makin giat mencipta ubat serta biotechnology untuk merawat manusia. Artificial limbs, mechanical heart, organ transplant semakin meluas digunakan. Tetapi, semua ciptaan tersebut digunakan untuk merawat jasad sahaja. Sebagus mana pun rawatan seorang doktor, kemurungan dan trauma akibat sesuatu penyakit tidak dapat dirawat dengan pil semata. Malah, dari kemurungan tersebut muncul pelbagai sikap negatif seperti cepat marah, sedih, mimpi buruk dan lethargy. Jadi, apakah rawatan paling efisien untuk gejala tadi?

. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman

Surah Yunus:57



Apabila komputer rosak, tentulah kita akan menghantar komputer tersebut kepada org yang arif tentang komputer. Begitu juga halnya dengan manusia, jiwa yang murung dan resah hanya dapat diubati dengan nasihat daripada Penciptanya...



; )

posted by 1412 at 09:07

0 Comments:

Post a Comment

<< Home