Dawn of new era....

23.11.08

The Miracle of Human Creation II

Petikan di bawah dipetik daripada perbualan di antara seorang Syeikh dgn seorang tokoh ilmuwan barat iaitu Professor Christopher Ballis (seorang ahli panel ujian kelayakan bagi mendapatkan keahlian Persatuan Perubatan diRaja Britain)..

Syeikh : Prof, adakah mata dicipta dengan hikmah?
Prof : Ya, tentu sekali.

Syeikh : Bagaimana pula dengan hidung? Adakah ia dijadikan dengan hikmah?
Prof : Ya.

Syeikh
: Bagaimana dengan mulut, tangan, jantung, paru-paru, hati dan usus kecil?
Prof : Anda sedang mengatakan kepada saya tentang satu ilmu yang sempurna yang dikenali sebagai Physiology yang mana tidak mungkin seorang doktor boleh diijazahkan dari mana-mana fakulti perubatan kecuali setelah belajar ilmu ini iaitu ilmu Physiology.

Syeikh
: Terima kasih. Jadi Prof, adakah anggota-anggota tadi dicipta untuk dirinya sendiri atau untuk keseluruhan tubuh?
Prof : (ketawa) Pada pendapat kamu, jika kita datangkan sistem tulang semata-mata tanpa jasad adakah ia mempunyai nilai?

Syeikh : Bukan!
Prof : Jadi, bagaimana kamu boleh berkata bahawa bahagian-bahagian ini dicipta untuk dirinya sendiri? Ia tidak diciptakan melainkan untuk keseluruhan!!!

Syeikh : Saya bertanyakan kamu Prof, dan kamu telah menjawab soalan saya dengan baik, terima kasih. Namun ada satu lagi persoalan pada saya. yang seluruh ini (jasad manusia), apakah hikmah daripadanya? Kenapa ia dijadikan?
Prof : (terperanjat) Ini adalah falsafah.

Syeikh : Kamu mengelak (dari menjawab pertanyaan saya) dan kamu cuba melarikan diri sekarang ini. Sebentar tadi ia adalah ilmu physiology, ilmu! ilmu!. Dan sekarang, apabila kita sampai kepada yang keseluruhan ini, awak lari dan mengelak. Saya tahu kamu akan lari dan mengelak kerana hikmah tersebut tidak akan diketahui melainkan dari ajaran Tuhan yang menjadikan manusia ini kerana ia adalah ilmu yang tersembunyi pada diri Pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Yang Maha Suci. Namun begitu masih ada satu persoalan pada diri saya Prof.
Prof : Apakah ia?

Syeikh : Kasut anda milik anda! Adakah ia mempunyai hikmah?
Prof
: Ya.

Syeikh : Prof, anda pasti?
Prof : Saya pasti.

Syeikh : Beritahu saya apakah hikmahnya?
Prof : Kasut dapat melindungi kaki saya daripada benda-benda tajam, cecair-cecair yang berbahaya, perubahan cuaca dan daripada benda yang mungkin menembusi tapak kaki saya berupa cacing sekira saya berkaki ayam ketika berjalan.

Syeikh : Kamu pasti?
Prof : Pasti!

Syeikh : Kamu pula, apakah hikmah dari kejadian kamu?
Prof : (terperanjat)
Syeikh : Ajaib! Demi Allah! Saya begitu takjub dengan ketamadunan kamu yang mengatakan kepada anak-anaknya: “kamu lebih hina dari kasut kamu!!!”. Kasut mempunyai hikmah manakala si pemakainya tiada sebarang hikmah daripadanya, tiada hikmah dari kewujudannya!!!


Kesimpulannya; mari kita fikirkan kembali apakah tujuan kehidupan manusia itu. Tujuan manusia itu wujud tidak boleh dijawab oleh akal manusia yang terhad wahai saudaraku. Jawaban kepada persoalan yang menggamit fikiran manusia sekarang hanya boleh dijawab oleh Allah yang telah menciptakan manusia itu sendiri. Dan hakikat ini telah lama dilupakan oleh manusia yang lalai.....

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"
(Az-Zariyat:56)
posted by 1412 at 14:37 0 comments

17.11.08

The Miracle of Human Creation

The human body is the most complicated machine in the world. We see with it, hear with it, breathe with it, walk and run with it, and sense pleasure with it. Its bones, muscles, arteries, veins and internal organs are organized with marvellous design, and when we examine this design in detail we find even more amazing facts. Every part of the body, though each may seem to be so different from another, is made up of the same material: cells.

Cells, each of which is one thousandth of a millimetre, are the structural units that form our body and everything in it. Some of these cells unite to form bones, others to form nerves, the liver, the inner layer of the stomach, the skin or the cornea of the eyeball. Each has the size and shape that exactly meet the requirement of that part of the body.

How and when did cells, which have such varied functions, come into being?

The answer to this question will take us into a process whose every moment is filled with mystery. All the approximately 100 trillion cells that make up your body today came from the division of one single cell. That single cell which had the same structure as all the cells in your body now, came from the union of your mother's egg cell and your father's sperm cell.

In the Qur'an, God sometimes refers to the wonders of the earth and the sky, and sometimes to the mysteries of the creation of living things as various signs of His existence. One of the most important of these signs is His wondrous creation of human beings.

"Kamilah Yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - Wahai golongan Yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). (Mengapa kamu masih berdegil?) tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani Yang kamu pancarkan (ke Dalam rahim)? Adakah kamu Yang menciptakannya atau Kami Yang menciptakannya?"

(Al-Wa'qiaah:57-59)
posted by 1412 at 18:04 0 comments

7.11.08

Sejenak di hujung minggu

Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa.........

Berlalunya hari jumaat, hujung minggu muncul.. Menyusul kemudian hari isnin, membuka tirai kepada minggu yang baru. Semangat baru. Azam baru. Harapan baru. Impian baru. Moga usaha kita di jalan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
(Ar-Room:8)

NAutumn Gathering 2008 - Hakikat Kewujudan Manusiaka

posted by 1412 at 10:17 0 comments