Dawn of new era....

7.11.08

Sejenak di hujung minggu

Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa.........

Berlalunya hari jumaat, hujung minggu muncul.. Menyusul kemudian hari isnin, membuka tirai kepada minggu yang baru. Semangat baru. Azam baru. Harapan baru. Impian baru. Moga usaha kita di jalan ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.
(Ar-Room:8)

NAutumn Gathering 2008 - Hakikat Kewujudan Manusiaka

posted by 1412 at 10:17

0 Comments:

Post a Comment

<< Home