Dawn of new era....

8.2.09

Baru Balik Berlin, Best~~~~

Selamat pulang ke Moscow...
Selamat memulakan semester baru..
Semoga meneruskan perjuangan yang telah ada...
Semoga barisan-barisan lebih kemas dan lurus....

Kepada rakan-rakan di luar sana, baik di russia, di eropah, di malaysia, di seluruh pelusuk dunia.. Perpisahan yang telah berlalu menandakan bermula semula titik perjuangan kita di mana kita telah berhenti. Semoga kita akan bertemu di 'kemenangan besar' yang telah dijanjikan. Insya'allah~~ :)

German Empire, Weimar Republic, Third Reich, West and East Germany



Rakyat jerman telah menyaksikan pelbagai kejatuhan sistem politik yang tidak kekal lama. Malah, terdapat kerajaan yang kekal hanya beberapa puluh tahun sahaja. Sejarah telah mengajar rakyat mereka untuk berakhlak baik sesama manusia. Berjalan di bandar berlin, yang pernah menjadi ibu negera beberapa kerajaan, kita dapat melihat kesan-kesan perbuatan manusia dahulu yang melampaui batas. Serpihan Berlin Wall yang memisahkan saudara mereka masih dikekalkan sebagai peringatan kepada keganasan umat terdahulu.

Namun, pernahkah kita terfikir untuk mengambil pengajaran daripada sejarah??

Allah berfirman dalam surah Al-Anaam, ayat 11: Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan itu.

Sejarah empayar islam yang kuat dan luas kini hanya menjadi pameran di muzium serata dunia. Sesungguhnya, kita hanya dapat mencapai cita-cita kita apabila kita melaksanakan asas-asas islam yang telah kita lupakan.

Bercakap benar, menghormati ibu bapa, menolong rakan-rakan, dan pelbagai lagi yang dapat kita fikir sendiri.

Asas-asas islam tersebut yang ramai umat islam telah lupakan menyebabkan kita mundur dan gagal sekarang. Oleh itu, hendaklah saat ini juga kita melupakan segala perkara yang melalaikan dan mengorak langkah menjadi umat yang berjaya....... dengan mengajak diri kita dan rakan kita juga agar menjadi seorang insan yang mulia dan berbakti kepada masyarakat.
posted by 1412 at 21:51

0 Comments:

Post a Comment

<< Home