Dawn of new era....

13.2.09

Antara Valentine dan Andalusia

14 February.............

Hari yang dinamakan Valentine's Day diraikan pada hari ini. Cara perayaan Valentine's day di negara Rusia tidak jauh beza dengan negara Malaysia.

Pasangan bertukar-tukar hadiah. Terdapat pula boyfriend yang romantik memberi bunga ros merah. Bagi yang mempunyai duit lebih, makan malam di restoran mewah untuk meluangkan masa. And at the end of the day, masing-masing berasa gembira.....

~Nampak indah bukan?

Hakikat silam yang gelap

Namun, sedarkah kita?
14 februari telah menyaksikan kejatuhan sebuah kerajaan agung di muka bumi ini.
Kerajaan yang berasaskan nilai kasih sayang yang hakiki. Kerajaan yang menyatukan manusia dari eropah barat ke timur tengah. Kerajaan yang memacu tamadun manusia ke peringkat tertinggi. Itulah Kerajaan Islam Abbasiyah. Pada tarikh ini, tamadun abbasiyah di sepanyol telah jatuh akibat kelekaan umat pada masa itu.

Masa Depan di Tangan Kita
Kemenangan umat ini di masa hadapan pasti berlaku. Hakikatnya, kejayaan tidak akan datang secara tiba-tiba. Tetapi ia datang dengan peluh dan keringat umat itu sendiri. Namun, mahukah kita mengambil bahagian, ataupun hanya bergoyang kaki menutup mata?

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Al-Hajj:41

posted by 1412 at 16:47

0 Comments:

Post a Comment

<< Home