Dawn of new era....

26.3.09

Earth Hour atau Earth Year?



Tanggal 28 Mac ini, beberapa bandar utama dunia akan bergelap... (termasuk Moscow) Kempen Earth Hour mengajak orang ramai untuk menutup elektrik selama 1jam pada 2030jam. Dengan keadaan alam sekitar yang semakin teruk seperti pemanasan global, pencemaran udara dan air, orang ramai mula sedar akan perbuatan tangan mereka sendiri. Huhuhu...

dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-Baqarah:30)

Ayat Al-Quran di atas telah menerangkan sifat manusia sendiri yang akan memusnahkan alam sekitar, TETAPI Allah s.w.t mengakhiri ayat tersebut dengan mengatakan ada hikmah manusia diciptakan di muka bumi ini.

Hmm... Betapa besarnya tanggungjawab yang telah Allah turunkan kepada kita!!! Kita sebagai khalifah hendaklah memakmurkan alam ini dan memastikan setiap orang yang hampir dengan kita mengamalkan cara hidup yang sihat dan betul...

Nah, dengan besarnya nikmat alam yang Allah kurniakan kepada kita, apakah kita masih lagi ragu-ragu untuk mengamalkan perintah Allah dengan menyeluruh dan berterusan??

Dengan kempen Earth Hour yang dianjurkan oleh WWF, kita boleh mula berubah untuk menyayangi alam sekitar selepas baca blog ini (:P) esok, lusa atau tulat.. Namun yang penting PERUBAHAN yang perlu kita lakukan!!

Oleh itu, tidak semestinya penjimatan elektrik ini dilakukan hanya pada 28 Mac 2009, tetapi perlu diteruskan sehingga hari-hari yang seterusnya.... Ironik bukan, kita hanya sedar untuk menjimatkan elektrik pada 28 Mac setiap tahun. Huhuhuhu


~Cintailah Alam Sekitar :D~



Mother Nature - Shaff-fix

posted by 1412 at 15:27

0 Comments:

Post a Comment

<< Home